Home Ekonomi CCA tangani pertindanan tanggungjawab pihak berkuasa
Ekonomi

CCA tangani pertindanan tanggungjawab pihak berkuasa

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Akta Kredit Pengguna (CCA) akan dapat menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pada masa sama ia turut mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.

Pembentangan CCA dijadualkan berlangsung pada sidang Parlimen akan datang.

Apabila akta itu diluluskan, Suruhanjaya Kredit Pengguna akan ditubuhkan sebagai pihak berkuasa baharu.

\”Suruhanjaya itu akan mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit di negara ini. Ini termasuk pelbagai entiti yang tidak tertakluk pada mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan seperti syarikat yang menawarkan ciri \’Beli Sekarang Bayar Kemudian\’ (BNPL) serta agensi pengutip hutang,\” menurut kenyataan.

Sementara itu pelbagai inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang melibatkan bank pusat dan institusi kewangan.

Antaranya, peruntukan RM3.8 bilion untuk menyokong pendigitalan dan automasi, penerapan amalan lestari dan rendah karbon serta meningkatkan pengeluaran agromakanan.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...