Home Ekonomi CBP catat keuntungan RM124.19 juta tahun lalu
Ekonomi

CBP catat keuntungan RM124.19 juta tahun lalu

CBP catat keuntungan RM124.19 juta tahun lalu

KHAIRIL ANUAR

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) terus menunjukkan prestasi kewangan yang cemerlang dengan mencatatkan keuntungan RM124.19 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sehingga 31 Disember 2024, jumlah modal syer CBP telah mencatatkan lebih RM1.6 bilion dan jumlah ini mencukupi untuk menyokong perkembangan perniagaan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, CBP perlu sentiasa memantau dan memastikan kedudukan modal berada pada tahap optimum selaras dengan perkembangan perniagaan.

”Pembukaan semula Syer Keanggotaan CBP pada Jun 2024 adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kedudukan Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) ke tahap yang sihat untuk menyokong pertumbuhan perniagaan pada masa yang sama mematuhi nisbah kehematan yang ditetapkan oleh kedua-dua pengawal selia CBP iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam kenyataan.

Khairil Anuar berkata, CBP merancang untuk menerbitkan sukuk sulungnya tahun ini yang menjadi program RM5 bilion berasaskan konsep Wakalah Bi Al- Istithmar dan akan dikeluarkan secara berperingkat berdasarkan keperluan perniagaan serta keadaan pasaran.

“Sasaran terbitan pertama adalah antara RM500 juta hingga RM1 bilion bergantung kepada keadaan pasaran, keperluan pelabur dan keperluan likuiditi CBP.

“CBP perlu mempelbagaikan asas pembiayaan dan mengekalkan nisbah pembiayaan yang stabil serta penting untuk strategi pengurusan aset dan liabiliti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairil Anuar menyatakan bahawa CBP juga dalam proses mendapatkan Platform Pembayaran Runcit Masa Nyata (RPP) yang membolehkan pelanggan menggunakan DuitNow Transfer dan DuitNow QR pada aplikasi HELOCBP dan HELOBiz.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha CBP untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik secara atas talian kepada pelanggan.

“Kami menyasarkan pelaksanaan ini pada suku kedua 2025, yang akan menandakan satu pencapaian penting dalam kemajuan perkhidmatan perbankan digital untuk pelanggan,” katanya.

Mengulas mengenai perpindahan ke Wisma CBP di Kampung Baru sebagai ibu pejabat baharu, Khairil Anuar berkata, kakitangan ibu pejabat dijangka berpindah ke bangunan baharu itu dalam masa terdekat.

“Pejabat baharu itu menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan pengalaman pelanggan yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...