Home Ekonomi Busan Sasar Tarik 60,000 Pelancong Malaysia Tahun Ini Untuk Pacu Pertumbuhan Ekonomi
Ekonomi

Busan Sasar Tarik 60,000 Pelancong Malaysia Tahun Ini Untuk Pacu Pertumbuhan Ekonomi

Busan Sasar Tarik 60,000 Pelancong Malaysia Tahun Ini Untuk Pacu Pertumbuhan Ekonomi

Kredit: Busan Tourism Organisation

Ketua Pegawai Eksekutif Busan Tourism Organisation Lee Jung-Sil

KUALA LUMPUR, 18 Ogos(Livevartha) — Busan, bandar kedua terbesar di Korea Selatan menyasar menarik kedatangan 60,000 pelancong Malaysia tahun ini untuk merancakkan perniagaan tempatan serta memacu pertumbuhan ekonominya.

Ketua Pegawai Eksekutif Busan Tourism Organisation (BTO)Lee Jung-Sil berkata setakat Mei 2024, Busan menerima kedatangan kira-kira20,000 pelancongMalaysia.

Menurutnya, BTO akan terus mengadakankerjasama pertukaran antara bandar dan pembangunan pelancongan antara kedua-dua negara.

“Industri pelancongan di Busan menyumbang kira-kira enamhingga tujuh peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Korea Selatan,” katanya kepada media semasaacara Busan Hugs di KL: Healing By The Sea, baru-baru ini.

Busan mencatatkan KDNK berjumlah 104.29 jutawon pada2022.

Lee berkata secara keseluruhannya seramai1.82 juta pelancong melawat Busan tahun lepas berbanding 1.67 juta pada 2022.Daripada jumlah itu seramai 37,269 adalah pelancong Malaysia yang berada di kedudukan ketiga selepas Taiwan dan Thailand bagipasaran pelancong berkumpulan.

Justeru, katanya, BTOberhasrat untuk mempromosikan kepelbagaian dan daya tarikan Busan bagi meningkatkan lagi kesedaran tentangbandarpelabuhan terkenal yang terletak di bahagian tenggara Korea Selatan itu.

“Aliran masuk pelancong meningkat dengan ketara apabila AirAsia membuka laluan terus Kuala Lumpur-Busan pada Februari 2023 tetapi laluanini digantung buatmasa ini.

“Sebaliknya, pelancong masuk melalui pakej transit melalui Seoul, terutamanya lawatan secara berkumpulan,” katanya.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...