Home Ekonomi Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal
Ekonomi

Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal

Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 19 September- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.

Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.88 mata kepada 1,661.47 daripada 1,660.59 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.68 mata kepada 1,663.27.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 300 berbanding 174, dengan 288 kaunter tidak berubah, 1,743 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 413.73 juta saham bernilai RM233.90 juta.

Pada Rabu,Fed menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas, penurunan pertama dan terbesar sejak Mac 2020 ketika COVID-19 melanda ekonomi.

“Kami percaya ini boleh mewujudkan kebimbangan mengenai kemungkinan kemelesetanatau sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa Fed menjangka data ekonomi yang lemah pada masa akan datang, mendorong kepada penurunan kadar faedah yang besar ini,” menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini.

Katanya dengan penurunan kadar faedah,firma broker menjangkapasaran akan memberi tumpuan kepada REIT dan ringgit yang kukuh juga boleh memberi manfaat kepada sektor domestik seperti pengguna, utiliti, kewangandan automotif.

“Selain itu, kami optimis mengenai sektor pembinaan dan hartanah, disokong oleh projek pusat data yang berterusan dan pemangkin baharu daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.70, CIMB menambah satu sen kepada RM8.34, IHH Healthcare meningkat tujuh sen kepada RM7.18, Hong Leong Bank menokok 14 sen kepada RM21.34, Public Bank tidak berubah pada RM4.71, TNB merosot enam sen kepada RM14.68 dan Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM5.51.

Dalam kalangan kaunter aktif, Solar District Cooling yang mula disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 14.5 sen kepada 52.5 sen, Cape EMS naik setengah sen kepada 37 sen, Leong Hup meningkat 2.5 sen kepada 68.5 sen, Capital A menambah empat sen kepada 82 sen, Luster Industries dan PUC, masing-masing tidak berubah pada6.5 sen dan empat sen manakala AHB merosot setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.94 mata kepada 12,424.92, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 19.21 mata kepada 12,277.85 dan Indeks FBMT 100 menambah 17.99 mata kepada 12,133.79.

IndeksFBM 70 naik 69.12 mata kepada 17,637.08 dan Indeks FBM ACE meningkat 4.23 mata kepada 5,091.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 43.32 mata kepada 19,703.41, Indeks Perladangan merosot 12.09 mata kepada 7,152.11, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.64 mata kepada 176.72 dan Indeks Tenaga menambah 2.96 mata kepada 865.23. -Livevartha

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....