Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah prestasi bercampur Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah prestasi bercampur Wall Street

Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas, dengan sentimen pasaran kekal optimis berikutan jangkaan penurunan kadar.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 9.66 mata kepada 1,603.59 daripada 1,613.25 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks itu dibuka 2.63 mata lebih rendah kepada 1,610.62.

Sentimen pasaran tidak berubah, dengan kaunter untung dan rugi pada 201 manakala 367 kaunter tidak berubah, 1,707 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 318.51 juta unit bernilai RM135.22 juta

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.149 peratus.

\”Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak hampir kepada paras 20,000 berikutan peniaga bersiap sedia berdepan mesyuarat dasar ekonomi China yang dijadualkan pada bulan ini untuk merancakkan semula penggunaan domestik dan menangani perang perdagangan dengan AS,\” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, berikutan FBM KLCI ditutup rendah pada Jumaat lepas selepas aliran meningkat selama tiga hari, Thong terus berharap pengumpulan saham akan berterusan.

\”Walaupun indeks masih kekal dalam fasa konsolidasi, kami terus berharap pengumpulan saham akan berterusan memandangkan bursa tempatan kini bergerak pada penilaian menarik sebanyak 14.5 kali nisbah harga kepada pendapatan berdasarkan angka 2025.

\”Oleh itu, kami menjangka indeks akan berlegar dalam julat 1,615-1,625 hari ini,\” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 4.0 sen kepada RM10.12, Public Bank rendah 2.0 sen kepada RM4.56, CIMB berkurangan 17.0 sen kepada RM8.00, Tenaga Nasional menyusut 6.0 sen kepada RM13.46 dan IHH Healthcare merosot 5.0 sen kepada RM7 .27.

Bagi saham aktif, Datasonic menambah 3.5 sen kepada 44 sen, Aizo turun setengah sen kepada 13.5 sen, Leong Hup International susut 3.0 sen kepada 61 sen manakala Zen Tech dan Top Glove masing-masing tidak berubah pada 1.0 sen dan RM1.32.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.51 mata kepada 12,300.39, Indeks FBMT 100 menyusut 49.68 mata kepada 11,978.02 manakala Indeks FBM 70 menokok 5.42 mata kepada 18,405.63.

Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 23.17 mata kepada 12,299.96 dan Indeks FBM ACE meningkat 6.61 mata kepada 5,313.80.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 104.39 mata kepada 19,061.22, Indeks Perladangan susut 26.98 mata kepada 7,713.28, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.36 mata kepada 175.44 manakala Indeks Tenaga meningkat 0.05 mata kepada 829.18.-Livevartha

Related Articles

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik
Ekonomi

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik

AZAROL Faizi (kiri) bersama Syed Ahmad Faiz pada majlis memeterai kerjasama strategik...

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028
Ekonomi

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028

LIM Kim Hong (kiri) pada majlis pengumuman komitmen awal I-Berhad sebanyak RM10...

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi
Ekonomi

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31...

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing
Ekonomi

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing

PMKS menggunakan kemajuan teknologi digital untuk mempromosikan perniagaan mereka.PETALING JAYA: Pendigitalan dalam...