Home Ekonomi BPAM Perkenal Platform Eko Sokong Pelaporan Kemampanan
Ekonomi

BPAM Perkenal Platform Eko Sokong Pelaporan Kemampanan

BPAM Perkenal Platform Eko Sokong Pelaporan Kemampanan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) — Bond Pricing Agency Malaysia Sdn Bhd (BPAM) memperkenalkan perkhidmatan berasaskan web dalam talian, platform Eko, untuk menyokong institusi kewangan dan syarikat dalam pelaporan kawal selia berkaitan kemampanan.

Dalam kenyataan pada Isnin, BPAM menjelaskan platform itu menyatukan semua metrik kemampanan penting dan alat analisis untuk pelaporan kawal selia berdasarkan dua perkara.

Pelaporan mengikut Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta Klasifikasi Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (CCPT) Bank Negara Malaysia (BNM) (CCPT), tambahnya.

“Platform ini menyatukan semua metrik kemampanan yang penting dan alat analisis ke dalam antara muka tunggal dan mesra pengguna, pada masa sama menghapuskan keperluan merujuk kepadaberbilang sumber.

“Selain itu, ia menampilkan keupayaan penyumberan ramai inovatif yang memanfaatkan pandangan kolektif untuk terus meningkatkan ketepatan data dan tafsiran rangka kerja Taksonomi SRI dan Klasifikasi CCPT,” menurut BPAM.

Syarikat tersebut memaklumkan platform Eko itu ialah versi evolusi daripada Perkhidmatan Klasifikasi CCPT BPAM generasi pertama yang dilancarkan pada April 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif BPAM Meor Amri Meor Ayob berkata platform itu menawarkan pendekatan berstruktur untuk mengklasifikasikan prinsip yang mendorong penyelidikan dan pelaporan perubahan iklim untuk menangani isu data alam sekitar, sosial dan tadbir urus di Malaysia yang berpecah-pecah.

“Matlamat kami untuk melengkapkan pasaran dengan data yang boleh dipercayai, membolehkan perniagaan menyepadukan kemampanan dengan strategi mereka secara lancar,” katanya.

Menurut BPAM platform Eko melaksanakan metodologi yang jelas dan konsisten dalam menganalisis pelbagai aktiviti ekonomi di peringkat transaksi dan penerbit.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...