Home Ekonomi Bekalan terhad dorong harga getah meningkat minggu depan
Ekonomi

Bekalan terhad dorong harga getah meningkat minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Pasaran getah tempatan dijangka meningkat minggu depan berikutan hasil lateks yang rendah dan bekalan getah terhad, menurut pakar industri Denis Low.

Beliau berkata hujan berterusan di kawasan pengeluar getah menyebabkan pengeluaran susu getah pukal perlahan, yang menyebabkan keadaan bekalan yang terhad.

“Thailand sedang bersedia mengalami taburan hujan yang tinggi bermula sekarang hingga akhir Disember dengan penurunan suhu pagi daripada dingin, kepada dingin berserta angin kencang,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memaklumkan, selain potensi gangguan bekalan, kelemahan ringgit dan sokongan kepada harga minyak mentah boleh menyebabkan peningkatan.

Sentimen pasaran turut mendapat rangsangan daripada pelancaran eksport pertama getah Malaysia mematuhi inisiatif Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) ke Kesatuan Eropah oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini.

Menurut MARGMA, inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk mematuhi piawaian kemampanan antarabangsa menjelang pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).

\”Bagaimanapun, keadaan ekonomi global yang lemah dan permintaan yang lembap daripada sektor pengguna utama boleh mengehadkan kenaikan harga yang ketara,\” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 44.5 sen kepada 889 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 18 sen kepada 706.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang semalam, GMM 20 berada pada 898.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 712.50 sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...