Home Ekonomi Bayaran dam dan korban Tanah Suci ditetapkan setara RM875
Ekonomi

Bayaran dam dan korban Tanah Suci ditetapkan setara RM875

Bayaran dam dan korban Tanah Suci ditetapkan setara RM875

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan penetapan kadar bayaran dam dan penyertaan korban di Tanah Suci pada jumlah yang sama, iaitu sebanyak RM875 untuk seekor qibas bagi musim haji 1446H/2025M.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal jemaah haji bagi tahun ini boleh membuat pembayaran dam melalui aplikasi THiJARI atau di kaunter pejabat cawangan TH seluruh negara sebelum berangkat ke Tanah Suci. 

“Sementara itu, penyertaan korban di Tanah Suci adalah terbuka kepada semua pendeposit TH. 

“TH terus menyediakan perkhidmatan bayaran dam buat bakal jemaah haji bagi musim haji tahun ini dan akan bermula hari Jumaat, 28 Mac 2025 sehingga 3 Julai 2025. 

“Bagi pembayaran penyertaan korban di Tanah Suci pula boleh dibuat oleh semua pendeposit TH bermula dari 28 Mac 2025 sehingga 31 Mei 2025,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, tahun ini TH bekerjasama dengan The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady & Adahi (ADAHI) yang merupakan pembekal haiwan sembelihan yang diiktiraf Kerajaan Arab Saudi bagi urusan dam dan korban.

“Selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH, bakal haji yang melaksanakan ibadah haji Tamattu’ dan Qiran digalakkan untuk melaksanakan bayaran dam pada kadar semasa sebelum tiba di Tanah Suci kerana lebih mudah,” katanya. 

TH turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sebarang tawaran pembayaran dam dan korban yang mencurigakan daripada agensi pelancongan atau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...