Home Ekonomi Batu Kawan, KLK Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi
Ekonomi

Batu Kawan, KLK Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi

Batu Kawan, KLK Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Ogos(Livevartha) –Batu Kawan Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepadaRM131.03 jutabagi suku ketiga berakhir 30 Jun, 2024 (S3) daripada RM82.80 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Hasil pada suku itu turut melonjak kepada RM5.68 bilion berbanding RM5.35 bilion sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu mengaitkan peningkatan hasilnya dengan prestasi segmen perladangan, yang mana keuntungan melonjak tiga kali ganda kepada RM369.37 juta terutamanya disebabkan oleh harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) yang lebih tinggi serta jumlah jualan yang meningkat.

Keuntungan yang lebih tinggi itu turut disumbangkan oleh kos pengeluaran MSM yang rendah dan kerugian nilai saksama yang lebih rendah sebanyak RM2.21 juta pada penilaian tandan buah segar (TBS) yang belum dituai, tambahnya.

Bagi tempoh sembilan bulan kumulatifberakhir 30 Jun, 2024, keuntungan bersih syarikat susut kepada RM327.49 juta daripada RM438.16 juta manakala hasil turun kepada RM17.17 bilion daripada RM18.64 bilion sebelumnya.

Sementara itu, syarikat bersekutu 47.74 peratus milik Batu Kawan iaituKuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM240.18 juta pada suku ketiga berbanding RM84.10 juta pada suku yang sama tahun lalu disebabkan sumbangan yang lebih tinggi daripada sektor perladangan.

Hasil naik kepada RM5.50 bilion pada suku ketiga daripada RM5.11 bilion sebelumnya, disokong oleh hasil yang lebih tinggi dalam pembuatan dan sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada bahagian oleokimia, katanya dalam makluman berasingan kepada bursa itu.

Bagaimanapun, untung bersih kumpulan itu bagi tempoh sembilan bulanjatuh kepada RM584.19 juta daripada RM717.95 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu, manakala hasil berkurangan kepada RM16.59 bilion berbanding RM17.87 bilion sebelumnya.

KLK berkatakeuntungan daripada sektor perladangan meningkat lebih dua kali ganda kepada RM363.4 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM125.9 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...