Home Ekonomi Bank Muamalat peruntuk lebih RM500,000 untuk CSR sepanjang Ramadan
Ekonomi

Bank Muamalat peruntuk lebih RM500,000 untuk CSR sepanjang Ramadan

Bank Muamalat peruntuk lebih RM500,000 untuk CSR sepanjang Ramadan

BANK Muamalat menyampaikan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al Khairi.

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melipatgandakan usaha melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bulan Ramadan tahun ini dengan peruntukan lebih RM500,000. 

Menurut kenyataannya, secara keseluruhannya, seramai lebih 5,000 orang daripada golongan asnaf, anak yatim, fisabilillah, muallaf dan lain-lain telah mendapat manfaat daripada program Ziarah Ramadan, Majlis Berbuka Puasa di empat wilayah dan edaran pek makanan iftar yang telah dianjurkan. 

Katanya, dalam program Ziarah Ramadan, penghuni enam buah rumah amal terpilih sekitar ibu kota telah menerima sumbangan seperti baju dan duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, bank berkata, di Majlis Berbuka Puasa di empat wilayah, sumbangan duit raya telah diberikan kepada penghuni rumah amal terpilih dan Bank Muamalat juga menyumbangkan sejumlah wang tunai buat masjid terpilih. 

“Bagi menyuntik semangat buat rakan-rakan yang bekerja tanpa mengira masa pada bulan Ramadan, edaran pek makanan iftar kepada anggota barisan hadapan dan rakan media telah dijalankan sepanjang bulan ini. 

“Selain itu, beberapa cawangan Bank Muamalat di setiap negeri juga menganjurkan program edaran bubur lambuk kepada orang ramai dengan jumlah penerima keseluruhan sebanyak 7,000 orang,” katanya dalam kenyataan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya berbesar hati dan berbangga dengan kesungguhan kakitangan Bank Muamalat yang memberikan komitmen tinggi untuk sama-sama menjayakan program CSR tersebut.

Katanya, program ini telah direncanakan dalam usaha memberi semula kepada masyarakat di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Kami di Bank Muamalat amat bersyukur dapat melaksanakan program CSR sepanjang bulan Ramadan yang bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga mengukuhkan hubungan kami dengan komuniti. 

“Bank Muamalat berharap agar program-program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang untuk memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat. Rezeki dikongsi, nikmat disyukuri,” katanya. 

Semalam, program Sembang Santai Moreh Bank Muamalat Bersama Media yang dihadiri oleh hampir 30 rakan media dianjurkan bagi meraikan rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada Bank Muamalat.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...