Home Ekonomi Bank Islam Perluas Akses e-Pembayaran Ke Kawasan Pedalaman
Ekonomi

Bank Islam Perluas Akses e-Pembayaran Ke Kawasan Pedalaman

Bank Islam Perluas Akses e-Pembayaran Ke Kawasan Pedalaman

Kredit: Bank Islam

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Livevartha) — Bank Islam Malaysia Bhdmelancarkan Program Inisiatif Masyarakat Tanpa Tunai Ranau, di Sabah,untukmemperkukuhusaha membudayakan penggunaan pembayaran elektronik (e-pembayaran) dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Pengarah Deposit dan Kad Bank Islam Mohd Noor Jab berkata program tersebut yang dilancarkan di Ranau, semalam,bertujuan untuk menggalakkan para peniaga terutamanya perusahaanmikro, kecil dan sederhana (PMKS) menggunakan kaedah e-pembayaran melalui DuitNow QR dan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Biz by Bank Islam (BIMB Biz) bagi urusan perniagaan harian mereka.

Beliau berkatamenerusi usaha yang dijalankan, para peniaga terlibat akan mendapat bimbingan dan sokongan menggunakan aplikasi BIMB Biz yang dilengkapi ciri-ciri direka khas untuk memudahkan pengurusan kewangan perusahaan yang dimiliki.

"Aplikasi tersebut juga membantu menguruskan risiko pengurusan tunai peniaga dengan memastikan rekod jual beli harian yang lebih teratur.

"Pada masa sama, komuniti perniagaan juga boleh menerima pembayaran tanpa tunai (DuitNow QR) daripada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Noor,Bank Islamgiat mempromosikan penyelesaian berasaskan teknologi seperti kaedah e-pembayaran untuk menggalakkan lagi urus niaga tanpa tunai agar para pelanggan dan pengguna tidak ketinggalan dalam arus digital yang pesat berkembang.

“Kami komited memperluaskan kemudahan pembayaran dan perbankan elektronik, selain meningkatkan akses perkhidmatan yang inklusif dan mesra pengguna,” katanya.

Beliau berkataobjektif utama adalah untuk mewujudkan kesedaran umum terhadappelbagai kemudahan dan manfaat yang boleh dinikmati pengguna menerusi kaedah perbankan digital yang lengkap, selamat dan memudahkan pengguna tanpa perlu mengunjungi bank fizikal Bank Islam.

— Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...