Home Ekonomi ASNB umum dividen ASB 2 5.50 sen, ASM 5.00 sen
Ekonomi

ASNB umum dividen ASB 2 5.50 sen, ASM 5.00 sen

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) umum agihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan 5 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM).

Pengagihan yang diisytiharkan, akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April ini.

Pembayaran agihan pendapatan bagi dua dana tetap itu berjumlah RM2.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

ASB 2 isytihar jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM730 juta, kepada lebih 614,300 pemegang unit.

Manakala, sejumlah RM1.45 bilion bayaran agihan pendapatan bagi ASM kepada 740,513 pemegang unit.

Di sebalik persekitaran pasaran modal global yang mencabar ekoran ketegangan tarif, inflasi tinggi dan ketidaktentuan ekonomi, pengagihanpendapatan bagi ASB 2 dan ASM mencatat peningkatan 0.25 sen seunit berbanding tahun lalu.

Prestasi kukuh kedua-dua dana harga tetap ini didorong pulangan ekuiti domestik dan global yang positif serta strategi kepelbagaian aset yang berterusan.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...