Home Ekonomi ASEAN usaha perkenal dasar EV, kukuh rantaian bekalan serantau
Ekonomi

ASEAN usaha perkenal dasar EV, kukuh rantaian bekalan serantau

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Negara anggota ASEAN sedang berusaha ke arah memperkenalkan dasar kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada inisiatif kemampanan serantau dan mempercepat peralihan kepada tenaga bersih.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perbincangan mengenai penyeragaman bateri dan infrastruktur pengecasan EV rentas sempadan telah dimulakan dalam kalangan pegawai kanan dan pemimpin ASEAN.

\”Di luar penyeragaman bateri, penyepaduan rantaian bekalan serantau adalah penting. ASEAN mesti mengukuhkan rantaian bekalan yang saling berkaitan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran luar, dan memupuk daya tahan ekosistem automotif,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan ASEAN Unity Drive Flag Off, di ibu negara, hari ini.

Tambah beliau, inisiatif tersebut bertujuan menangani kebimbangan pemandu EV serta menggalakkan pembangunan rantaian bekalan serantau yang lebih berdaya tahan dalam sektor automotif.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...