Home Ekonomi ASEAN perlu kekal sebagai blok berkecuali bagi rangsang pelaburan serantau
Ekonomi

ASEAN perlu kekal sebagai blok berkecuali bagi rangsang pelaburan serantau

ASEAN perlu kekal sebagai blok berkecuali bagi rangsang pelaburan serantau

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / FOTO RTM

VIENTIANE, 8 Oktober- ASEAN perlu kekal sebagai blok berkecuali bagi menghadapi impak ketegangan geopolitik global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, gabungan itu juga harus memastikan aspek keterangkuman dan keterbukaan jadi faktor penarik bagi meningkatkan pelaburan.

\”​Kita berdagang dan berkawan dengan semua negara Eropah, negara barat dan juga negara BRICS seperti China, Rusia dan sebagainya.

\”Pada masa sama isu ekonomi dunia kalau lihat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia yang nampaknya lebih perlahan daripada dijangkakan.

\”Oleh itu kita kena pastikan isu keterangkuman, titik jualan kami mengenai kelestarian adalah lebih jelas,\” katanya.

Sementara itu, Pelan Strategik AEC 2026-2030 yang sedang dirangka, dijangka dibentangkan pada Mei 2025, seiring kepengerusian Malaysia.

Pelan itu penting bagi memastikan ekonomi ASEAN terus berkembang dalam julat 4 hingga 5 peratus pada 2030 dan muncul sebagai blok ekonomi keempat terbesar dunia.

Terdahulu, beliau menyertai Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-24.

Tengku Datuk Seri Zafrul bersama delegasi kementeriannya, berada di Laos bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula hari ini.

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...