Home Ekonomi Ajinomoto promosi pemakanan sihat sempena Bulan Nutrisi Malaysia
Ekonomi

Ajinomoto promosi pemakanan sihat sempena Bulan Nutrisi Malaysia

Ajinomoto promosi pemakanan sihat sempena Bulan Nutrisi Malaysia

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus mengukuhkan komitmen sebagai penaja utama untuk tahun keenam berturut-turut sempena Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2025, yang diadakan dari 14 hingga 18 Mei di IOI City Mall, Putrajaya. 

AMB berkata, sokongan berterusan itu merupakan dedikasi AMB dalam mengalakkan gaya hidup lebih sihat dan meningkatkan kesejahteraan menerusi pendekatan pemakanan berasaskan lestari yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari semua peringkat umur.

Katanya, tema ‘Pemakanan Sihat, Gaya Hidup Aktif’ menjadi fokus AMB dalam menggalakkan gaya hidup sihat dengan menekankan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal dalam jangka masa panjang. 

“Usaha ini bertujuan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) serta meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup secara menyeluruh.

“Menerusi misi ini, AMB berhasrat memupuk rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan menyediakan hidangan di rumah menggunakan produk seperti AJI-NO-MOTO dan Ajinomoto Gyoza. 

“Menerusi aktiviti interaktif Smart Salt Concept, pengunjung mempelajari cara menyediakan hidangan menggunakan AJI-NO-MOTO bagi mengurangkan pengambilan garam tanpa menjejaskan rasa. 

“Selain itu, Ajinomoto Gyoza turut menawarkan penyelesaian memasak yang mudah dan pantas, membolehkan mereka menikmati hidangan sihat. walaupun dengan rutin harian yang padat,” katanya dalam kenyataan. 

Dengan menggabungkan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif, AMB turut mempromosikan kesihatan fizikal dan mental menerusi aminoVITAL. 

“Pengunjung diberi peluang menyertai Cabaran Ring Fit aminoVITAL, satu aktiviti permainan yang menyeronokkan dan interaktif untuk menguji tahap kecergasan mereka.

“Sepanjang hujung minggu, pelbagai aktiviti pentas menambahkan lagi kemeriahan program ini. 

“Bengkel mini All-NO-MOTO memberi peluang kepada peserta untuk menyediakan quiche ayam dan sayur dengan mengurangkan penggunaan garam namun masih mengekalkan kelazatan. 

“Pada masa sama, pengunjung turut mempelajari pelbagai hidangan yang lebih sihat secara praktikal,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...