Home Ekonomi AirAsia perkukuh kekerapan penerbangan, jadikan KL hab serantau
Ekonomi

AirAsia perkukuh kekerapan penerbangan, jadikan KL hab serantau

Foto Hiasan

SEPANG, 25 Mac – Kumpulan AirAsia berhasrat meningkatkan kekerapan penerbangan tahun ini dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab penerbangan serantau yang setanding dengan Dubai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata syarikat itu mahu mengangkat Kuala Lumpur sebagai pusat penerbangan bertaraf dunia yang sibuk dan strategik.

\”Jika anda pernah ke Dubai, anda akan lihat lapangan terbangnya sentiasa sibuk. Kini, ramai warga Indonesia yang ingin menunaikan umrah memilih Kuala Lumpur sebagai tempat transit kerana penerbangan AirAsia X lebih murah dan mudah,\” katanya pada taklimat media di sini.

Selain itu, AirAsia turut memperkukuh Thailand sebagai hab penerbangan tersendiri dengan sambungan strategik dari Kuala Lumpur dan Bangkok ke destinasi seperti Asia Tengah, India, dan Asia Barat.

AirAsia juga sedang giat meneroka peluang untuk meningkatkan sambungan ke Asia Tengah serta menambah kekerapan penerbangan ke Australia.

Dalam usaha memperkukuh hubungan ASEAN dan domestik, syarikat itu akan memperkenalkan lebih 30 laluan baharu tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di rantau ini.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...