Home Ekonomi AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September
Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia menerusi kerjasama strategik dalam sektor pelancongan, termasuk meningkatkan ketersambungan udara serta menawarkan insentif istimewa kepada pelancong.

Duta Uzbekistan ke Malaysia, Karomidin Gadoev berkata antara inisiatif utama ialah pengenalan laluan penerbangan terus oleh syarikat penerbangan tempatan, AirAsia, ke Uzbekistan bermula September 2025.

“Saya ingin berkongsi khabar gembira, syarikat penerbangan utama Malaysia, AirAsia, akan memulakan penerbangan ke Uzbekistan dengan kekerapan empat kali seminggu. Tempahan tiket akan dibuka mulai Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Forum Pelancongan Uzbekistan-Malaysia serta mesyuarat perniagaan ke perniagaan yang diadakan di ibu negara.

Karomidin berharap, pembukaan laluan baharu itu akan merancakkan aliran pelawat antara kedua-dua negara dan menggalakkan aktiviti ekonomi melibatkan laluan Tashkent-Kuala Lumpur.

Menurut beliau, jumlah pelancong Malaysia ke Uzbekistan meningkat dua kali ganda kepada hampir 9,500 orang pada tahun lalu, manakala pelancong Uzbekistan ke Malaysia pula mencecah hampir 15,000 orang.

Inisiatif itu dijangka menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam sektor pelancongan dan ekonomi antara Malaysia dan Uzbekistan.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...