Home Ekonomi Agrobank Dapat Dana RM6.23 Juta Bantu Usahawan Agromakanan Di Sarawak
Ekonomi

Agrobank Dapat Dana RM6.23 Juta Bantu Usahawan Agromakanan Di Sarawak

Agrobank Dapat Dana RM6.23 Juta Bantu Usahawan Agromakanan Di Sarawak

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agro Bank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

KUCHING, 13 Ogos (Livevartha) –Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengamanahkan Agrobank untuk menguruskan sebanyak RM6.23 juta peruntukan dana melalui pelbagai program bagi membantu usahawan agromakanan di Sarawak.

Dalam kenyataan hari ini, Agrobank berkata dana ini akan diagihkan melalui pelbagai inisiatif termasukDana Pembiayaan Agromakanan (DPA),Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) dan Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM).

“Tanggungjawab yang digalas Agrobank ini membuktikan keyakinan kerajaan terhadap kepakaran dan kebolehan Agrobank untuk menguruskan dan mengagihkan dana secara efektif serta menyokong sektor pertanian di Sarawak,” katanya.

Selain itu, Agrobank telah meluluskan dana pembiayaan sebanyak RM95.4 juta di bawah Skim Kredit Mikro Sarawak yang memberi manfaat kepada 2,758 peserta sehingga Julai lepas.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif AgrobankDatuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata satu lokasi juga telah dikenal pasti bagi pembukaan semula cawangannya di daerah kecil Spaoh di bahagian Betong, 274 kilometer dari sini.

“Skim ini dan rancangan pembukaan cawangan kami menunjukkan pendekatan yang holistik untuk menyokong pembangunan negeri Sarawak,” katanya.

Selain itu, bank berkenaan bercadang untuk membuka cawangan di daerah Gedong di bahagian Serian selepas membuka cawangan baharu di Tanjung Manis, Mukah pada Mei tahun lepas.

Sebelum ini, Agrobank telah melancarkan inisiatif tanpa tunai di daerah Daro di bahagian Mukah pada 10 Okt tahun lepas dan di Pasar Tamu Lawas di bahagian Limbang baru-baru ini untuk memudahkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan usahawan tempatan.

Agrobank juga antara bank yang menyediakan perkhidmatan mesin ATM di sembilan daerah pinggir bandar dan luar bandar di Sarawak yang terdiri daripada Padawan, Bau, Lundu, Sematan, Lingga, Pantu, Tebedu, Asajaya dan Sebuyau.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...