Home Ekonomi Affin Bank meterai MoU dengan MUFG Bank
Ekonomi

Affin Bank meterai MoU dengan MUFG Bank

Majlis pemeteraian MoU antara Affin Bank dengan MUFG Bank / RTM

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Affin Bank Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MUFG Bank (Malaysia) Berhad bagi memperkukuh kerjasama dalam perniagaan serta meneroka peluang pertumbuhan bersama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kerjasama itu memberi tumpuan kepada empat sektor utama, iaitu kemajuan perubatan, industri semikonduktor, tenaga hijau dan pelancongan.

\”Dalam keempat-empat sektor ini, kami ingin membuka lebih banyak nilai serta keupayaan perbankan antara MUFG dan Malaysia. Dengan itu, kami berbangga dapat memeterai perjanjian ini dan melihat bagaimana kami boleh membuka peluang serta memberi manfaat kepada pelanggan di Malaysia dan juga rantau ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis pemeteraian MoU berkenaan.

Menurut Datuk Wan Razly, kerjasama ini akan bermula dengan memberi tumpuan kepada sektor berkaitan di Malaysia sebelum diperluaskan ke pasaran Asia Pasifik.

Bagi memastikan kejayaan inisiatif tersebut, sebuah jawatankuasa bersama akan ditubuhkan bagi memantau kemajuan serta pelaksanaan kerjasama strategik berkenaan.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...