Home Ekonomi ACM pacu daya saing & produktiviti industri
Ekonomi

ACM pacu daya saing & produktiviti industri

ACM pacu daya saing & produktiviti industri

Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Tan Sri Soh Thian Lai

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan (ACM), dapat memacu daya saing dan produktiviti industri di Malaysia.

Menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia(FMM), mempermudah akses bagi program pembangunan kemahiran secara berterusan akan memastikan tenaga kerja kekal tangkas dan menyesuaikan diri dengan perubahan.

Pengerusinya, Tan Sri Soh Thian Lai melalui kenyataan berkata, ini akan mendorongkecekapan, kualiti produk lebih baik serta meningkatkan daya saing di peringkat global.

Menerusi ACM, syarikat kini boleh menuntut yuran kursus latihan berdasarkan kadar bagi setiap jam, berbanding struktur setengah hari atau sehari penuh sebelum ini.

Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia(HRD Corp) turut menaikkan had yuran kursus sehingga RM1,500 sejam atau RM10,500 sehari daripada RM6,000 sehari.

Kesemua perubahan ini membolehkan majikan memanfaatkan program latihan lebih singkat dan khusus atau memerlukan kos tinggi bagi meningkatkan kemahiran pekerja.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...