Home Ekonomi 99 Speed Mart berpotensi sertai FBM KLCI
Ekonomi

99 Speed Mart berpotensi sertai FBM KLCI

99 Speed Mart berpotensi sertai FBM KLCI

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: 99 Speed Mart Retails Holdings Berhad (99 Speed Mart) berpotensi tersenarai sebagai antara konstituen di FBM KLCI menggantikan Genting Malaysia Bhd. sekirannya kedudukan permodalan pasaran meningkat ke ranking 25 atau lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Bank pelaburan itu berkata, setakat ini 99 Speed Mart telah lulus ujian kecairan untuk layak menjadi konstituen. 

“Dalam senario ini, Genting Berhad mungkin terpaksa memberi laluan, kerana ia merupakan konstituen sedia ada dengan kedudukan permodalan pasaran kedua terendah iaitu ke-33, setakat 4 Oktober,” katanya dalam satu nota penyelidikan. 

Sebelum ini, pada 9 September lalu, 99 Speed Mart tampil di Pasaran Utama Bursa Malaysia, dibuka pada harga tawaran awam (IPO) RM1.85 sen sesaham, mewakili premium 12.1 peratus dengan jumlah pembukaan sebanyak 53.8 juta saham.

Penyenaraian 99 Speed Mart itu merupakan IPO terbesar di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun, telah mengumpulkan sejumlah RM2.36 bilion. 

Dalam pada itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Thiam Wah kini berstatus jutawan kelapan terkaya di Malaysia, sekali gus memasuki senarai 50 individu terkaya di negara ini. 

Sementara itu, Maybank IB berkata, Gamuda Bhd. turut berpotensi tersenarai sebagai antara konstituen di FBM KLCI menggantikan Genting Malaysia sekiranya kedudukan permodalan pasaran kumpulan itu di Bursa Malaysia berada di atas ranking 25.

“Kedudukan permodalan pasaran Gamuda telah meningkat kepada 23 pada penutupan pasaran pada Jumaat lalu.

“Sekiranya kumpulan itu mengekalkan kedudukan semasanya atau lebih baik berbanding ranking 25 pada 25 November 2024, Gamuda layak menjadi konstituen FBM KLCI.

“Genting Malaysia kini berada di kedudukan 36 yang juga merupakan kedudukan indeks keluar mengikut Peraturan Dasar.

“Kami menganggarkan Gamuda memenuhi ujian kecairan untuk layak sebagai konstituen,” katanya. 

Konstituen FBM KLCI dijangka membuat semakan, menggunakan harga saham setakat 25 November 2024 berdasarkan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, Peraturan Dasar.

Perubahan konstituen akan berlaku selepas pasaran ditutup pada hari Jumaat ketiga Disember, iaitu 20 Disember 2024 akan berkuat kuasa pada hari Isnin berikutnya, iaitu 23 Disember 2024.-UTUSAN

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...