Thursday , 5 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah dijangka alami tidak banyak perubahan minggu depan
Perniagaan

Pasaran getah dijangka alami tidak banyak perubahan minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Pasaran getah tempatan dijangka mengalami dagangan yang tidak banyak berubah dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi oleh krisis Laut Merah yang semakin buruk, kata pakar industri.

Denis Low berkata keadaan itu turut ditambah dengan cadangan Suruhanjaya Eropah (EC) untuk menangguhkan Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) selama setahun lagi.

Krisis Laut Merah yang semakin buruk memperlahan aktiviti memperoleh dan mengisi semula stok serta memberi tekanan kepada perdagangan global, katanya.

“Apabila ekonomi terganggu, lebih banyak ketidaktentuan akan berlaku dan permintaan bagi kebanyakan barangan dan komoditi boleh terjejas,” katanya.

Mengenai cadangan EC untuk menangguhkan EUDR, beliau berkata aktiviti pembelian akan terhad kepada pengisian semula stok secara berterusan.

“Ketidakpastian ini pasti akan menjejaskan penggunaan industri dan pengeluaran getah di peringkat global, menyebabkan permintaan dan harga menjadi tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata peniaga perlu berhati-hati kerana cuaca luar biasa di kawasan pengeluar getah boleh menjejaskan pengeluaran komoditi.

“Pengeluaran getah akan terjejas teruk jika kawasan penanaman dilanda banjir. Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini,” katanya.

Seorang lagi peniaga berkata pengendali pasaran akan terus memantau perkembangan ekonomi Amerika Syarikat dan China, terutama petanda mengenai pengurangan kadar faedah, pelaksanaan langkah rangsangan China, perkembangan berkaitan EUDR dan konflik geopolitik Asia Barat.

Menurut Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia, prospek pasaran getah untuk minggu depan kelihatan positif, dengan pasaran kekal optimis.

Pada Khamis, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan pengeluaran getah asli (NR) Malaysia turun 5.2 peratus kepada 35,979 tan pada Ogos 2024 daripda 37,960 tan pada bulan sebelumnya.

DOSM juga menjelaskan pengeluaran NR meningkat 14.9 peratus pada Ogos 2024 daripada 31,309 tan pada Ogos 2023.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, harga Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 19.5 sen kepada 851 sen sekilogram daripada 870.5 sen sekilogram minggu lepas.

Susu getah pukal menokok 12.0 sen kepada 748.5 sen sekilogram daripada 736.5 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga fizikal GMM 20 berada pada 853.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 749 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...