Saturday , 7 December 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil, disokong operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil, disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil, disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai semasa dianggarkan berjumlah RM31.87 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.78 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1.6 bilion bagi 33 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM33.5 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM22 bilion.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...