Thursday , 5 December 2024
Home Perniagaan Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama
Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth Soh

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit MADANI daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berupaya mengatasi kesukaran memiliki oleh pembeli kali pertama.

Menurut Pengurus Negara PropertyGuru Kenneth Soh, cadangan bantuan wang pendahuluan itu akan menjadikan pemilikan hartanah lebih mudah diakses, terutamanya terhadap golongan muda.

\”Kerajaan menyedari bahawa bagi mempengaruhi pasaran hartanah secara keseluruhan adalah lebih sukar dan kurang tersasar, terutamanya jika ingin ubah harga hartanah di seluruh pasaran. Namun, melalui inisiatif deposit MADANI, kerajaan mengambil pendekatan yang lebih langsung dan fokus.

\”Inisiatif ini bertujuan membantu golongan muda serta pembeli rumah pertama memiliki hartanah, khususnya kediaman bertanah ataupun \’landed\’ (berkembar atau teres). Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban golongan tersebut dan memudahkan mereka mencapai impian memiliki rumah,\” kata Kenneth Soh.

Berdasarkan Kajian Sentimen Pengguna separuh kedua 2024 diterbitkan portal pasaran hartanah itu; hampir 45 peratus pembeli rumah pertama sukar untuk menyediakan wang pendahuluan.

KPKT mengusulkan cadangan inisiatif deposit MADANI hingga RM30,000 bagi dipertimbangkan dalam Belanjawan 2025.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...