Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan stok yang menjejaskan sentimen selepas data terkini oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dikeluarkan.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran memberikan reaksi terhadap laporan Jun MPOB, yang menunjukkan jumlah inventori minyak sawit menokok kepada 2.03 juta tan daripada 1.99 juta tan pada Mei, walaupun terdapat penurunan dalam pengeluaran dan eksport pada bulan itu.

“Peniaga berwaspada selepas MPOB melaporkan peningkatan paras stok bulan ke bulan, yang menunjukkan bekalan di pasaran masih mencukupi dan keadaan ini memberi tekanan kepada harga,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Ng berkata prestasi eksport yang lebih kukuh dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini telah memberikan sokongan kepada pasaran dan mengehadkan lagi penurunan.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 satu tan dan rintangan pada RM4,250,” katanya.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Julai menyusut RM17 kepada RM4,039 satu tan, Ogos 2025 berkurangan RM17 kepada RM4,118 satu tan, dan September 2025 rendah RM11 kepada RM4,146 satu tan.

Kontrak Oktober 2025 berkurangan RM11 kepada RM4,147 satu tan, November 2025 susut RM8 kepada RM4,142 satu tan, dan Disember 2025 menyusut RM4 kepada RM4,147 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 100,487 lot daripada 91,409 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menurun kepada 226,285 kontrak daripada 230,203 kontrak sebelumnya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...