Home Pasaran FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya pada Jumaatdalam situasi trend pasaran serantau bercampur-campur dan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk pasaran naik 0.91 mata atau 0.06peratus kepada 1,536.61 daripada 1,536.52 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran sebelum itudibuka tinggi 1.36 mata kepada 1,537.88.

Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhan positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 143 berbanding 139 manakala 267 kaunter tidak berubah, 1,869 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 121.49 juta saham bernilai RM58.81 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sokongan belian dijangka meluaske bursa tempatan terutamanya sektor teknologiberikutan kenaikan berterusan dalam saham syarikat semikonduktor.

“Pelabur dijangka memantau sektor hartanah berikutan persekitaran kadar faedah yang rendah akan meningkatkan sentimen pasaran hartanahselepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Katanya Wall Street meningkat semalaman apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan potensi penurunan kadar faedah pada tahun iniwalaupun ancaman tarif baharu oleh Presiden AS Donald Trump terhadap Brazil dan import tembaga yang mengekalkan ketegangan selain risiko terhadap sektor tertentu yang menjadi tumpuan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM9.74, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM13.98, bagaimanapun CIMB merosot satu sen kepada RM6.69 manakala Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing mendatar pada RM4.30 dan RM6.65.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan...