KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh belian berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pelabur kekal positif terhadap unjuran ekonomi, kata penganalisis.
Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.41 mata atau 0.55 peratus kepada 1,536.57 daripada 1,528.16 semasa ditutup pada Khamis lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.25 mata kepada 1,533.41.
Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 319 kaunter untung mengatasi 119 kaunter rugi, 321 kaunter tidak berubah manakala1,680 tidak diniagakan dan 102 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 206.93 juta saham bernilai RM128.65 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan dijangka diniagakan tinggi hari ini, mencerminkan prestasi Wall Street yang memberangsangkansejajardengan penilaian yang menarik terhadap indeks utama.
“Selain itu, kami menyokong sektor pembinaan dan utiliti berdasarkan potensinya untuk meraih manfaat daripada pelaburan langsung asing Malaysia dalam pusat data dan pembangunan infrastruktur yang berterusan di seluruh negara.
“Sektor utiliti turut disokong oleh perbelanjaan modalTenaga Nasional dan difahamkan sebanyak 66 peratus daripada peruntukan RM10 bilion dijangka digunakan pada akhir tahun ini,”katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking merosot 2.0 sen kepadaRM9.79, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik1.0 sen kepadaRM4.35 dan RM6.81. Tenaga Nasional menambah 22 sen kepada RM14.48 dan IHH naik 3.0 sen kepadaRM6.75.