Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan sentimen global yang memberangsangkan terhadap pasaran ekuiti,kata penganalisis.
Rakan Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata perkembangan itu turut didorong oleh sentimen perdagangan yang kian pulih, dipacu oleh kerangka perjanjian Amerika Syarikat-China serta rundingan berterusan dengan rakan utama Asia.
Kontrak bulan semasa Jun2025 menguncup kepada US$3,277.30 setiap auns troy daripada US$3,340.80 setiap auns troy pada Khamis lepas manakala kontrak Julai 2025 susut kepada US$3,296.80 daripada US$3,355.10 setiap auns troy sebelum ini.
Selain itu, kontrakOgos, September dan Oktober 2025 turut turunkepada US$3,312.50 setiap auns troy daripada US$3,370.80 setiap auns troy pada Khamis lepas.
Jumlah dagangan berkurangan kepada tiga lot daripada13 lot sebelum inimanakala kepentingan terbuka mengecil kepada 24 kontrak daripada 36 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$3,271.75 setiap auns troy menerusi penetapan oleh pihakLondon Bullion Market Association pada 27 Jun, 2025.
— Livevartha