Home Pasaran Ringgit Dijangka Mengukuh Minggu Depan Menjelang Pengumuman Data Kerja AS
Pasaran

Ringgit Dijangka Mengukuh Minggu Depan Menjelang Pengumuman Data Kerja AS

Ringgit Dijangka Mengukuh Minggu Depan Menjelang Pengumuman Data Kerja AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Jun(Livevartha) — Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh pada minggu depan, susulan jangkaan pengumuman data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur akan menumpukan dua perkembangan utama — data Pekerjaan Bukan Perladangan (NFP) dan kadar pengangguran selain berakhirnya tempoh 90 hari penangguhan pelaksanaan tarif oleh AS.

“Data pasaran tenaga kerja itu penting dalam mempengaruhi jangkaan terhadap hala tuju dasar bank pusat iaitu Rizab Persekutuan AS, terutama berkaitan mandat dengan penekanan lebih ketara untuk beralih ke arah sokongan penggajian yang maksimum.

“Susulan petunjuk keadaan ekonomi global dan AS yang perlahan, sentimen pelabur dijangka kekal berhati-hati dalam tempoh memasuki separuh kedua 2025,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata pasaran kerja AS misalnya menyaksikan penyederhanaan dengan NFP purata bulanan pada 123,800 dalam lima bulan pertama 2025,susut daripada 179,600 bagi tempoh sama tahun lepas.

Selain itu, kadarpengangguran meningkat sedikit daripada 4.0 peratus pada Januari kepada 4.2 peratus sejak Mac tahun ini.

Bagi prestasi mata wang, beliau berkata ringgit menunjukkan ketahanan minggu ini dengan meningkat semula daripada 4.2948 berbanding dolar AS pada 23 Jun kepada 4.2327 pada 26 Jun yang memaparkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus.

“Berikutan Indeks Dolar AS (DXY) berada pada trajektori lebih lemah, kami menjangkakan ringgit dapat diniagakan lebih kukuh sekitar 4.22 hingga 4.23 pada minggu depan,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...