Home Ekonomi Bank Islam pekenal Mastercard Move
Ekonomi

Bank Islam pekenal Mastercard Move

Bank Islam pekenal Mastercard Move

SHARIFAH Sarah Syed Mohamed Tahir (dari kiri) bersama Mohd Muazzam Mohamed, Nor Azmie Diron dan Devesh Kuwadekar semasa majlis menandatangani perjanjian Perkhidmatan Rentas Sempadan di Persidangan Kelestarian Bank Islam yang berlangsung baru-baru ini.

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjadi institusi kewangan yang pertama di Malaysia yang mengguna pakai Mastercard Move, satu penyelesaian pemindahan tunai yang membolehkan transaksi dalam Malaysia dan rentas sempadan menerusi integrasi bersama Mastercard.

Penyelesaian telus dan menyeluruh tersebut bertujuan untuk memudahkan operasi, mengoptimumkan kecairan, mengurangkan risiko Bank Islam dan pelanggan korporatnya.

Perkhidmatan baharu ini akan ditawarkan pada suku ketiga 2025 melalui eBanker Pro iaitu platform pengurusan tunai dan akaun Bank Islam berasaskan internet yang khusus untuk pelanggan korporat.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam – Institusi Perbankan, Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir berkata, penambahbaikan perkhidmatan ini akan memudahkan pembayaran merentasi sempadan untuk pelanggan yang melaksanakan Pemindahan Telegrafik Luar Negara (FOTT). 

Katanya, pelanggan boleh menyelesaikan transaksi FOTT dalam masa 15 minit selepas penyerahan.

Jelasnya, dengan penerapan Mastercard Move, Bank menjangkakan jumlah urus niaga berkembang hingga ke 20 peratus tahun ini, didorong oleh masa pemprosesan yang lebih cepat dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Prestasi ini dicapai melalui penyediaan transaksi yang lebih pantas, kadar pertukaran wang asing yang menjimatkan kos, aspek keselamatan yang dipertingkat dan menerusi penyelesaian khusus yang disokong oleh kepakaran global Mastercard dalam teknologi pembayaran. 

“Ia menawarkan penyelesaian pembayaran antarabangsa lebih pantas dan boleh dipercayai, disesuaikan dengan keperluan landskap perniagaan global masa kini.

“Kerjasama strategik kami dengan Mastercard menandakan satu pencapaian penting dalam memajukan transformasi digital Bank Islam dan mengukuhkan lagi sektor perbankan Islam di negara ini,’’ katanya dalam kenyataan.

Pada Februari 2025, Bank Islam telah memproses 3,919 transaksi rentas sempadan yang bernilai melebihi RM169 juta. 

Sharifah Sarah berkata, dalam ekonomi digital yang pesat berkembang hari ini, penyediaan perkhidmatan pemindahan wang rentas sempadan yang cekap dan selamat adalah sangat penting. 

“Bank Islam komited untuk memperkasakan pelanggan dengan penyelesian pembayaran antarabangsa lancar yang menyokong pertumbuhan, ketangkasan dan daya saing mereka,’’ ujarnya.

Bank Islam dan Mastercard telah bertukar perjanjian Perkhidmatan Rentas Sempadan di Persidangan Kelestarian Bank Islam yang berlangsung baru-baru ini.

Bank diwakili oleh Sharifah Sarah dan Mastercard diwakili oleh Ketua Institusi Kewangan Mastercard Malaysia, Devesh Kuwadekar dan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed. – UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....