Home Pasaran Bursa Malaysia Melantun Semula Untuk Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Melantun Semula Untuk Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Melantun Semula Untuk Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia pulih semula daripada penurunan pada sesi awaluntuk ditutuptinggi sedikit hari ini disokong oleh keyakinan terhadap segmen pusat data dan daya tahan sahamdi tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik.

Pemulihan itu sejajardengan kebanyakan prestasi pasaran serantau, dengan pelaburmenunggu keputusanbeberapa mesyuarat bank pusat minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.88 mata, atau 0.12 peratus, kepada 1,519.99 daripada paras penutup1,518.11 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka rendah turun 0.24 mata kepada 1,517.87, bergerak antara paras 1,512.26 dan 1,521.38 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasarannegatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 612 berbanding 321, manakala 509 kaunter tidak berubah, 973 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.83 bilion unit bernilai RM2.04 bilion daripada 2.88 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Jumaat.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata prestasi FBM KLCI hari ini menunjukkan daya tahanekonomi Malaysiayang berterusan.

Kenaikanpasaran diterajuoleh kaunter teknologi dan utiliti, terutamanya yang mempunyai pendedahan domestik yang kukuh.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...