Oleh Zufazlin Baharuddin & K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 13 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) kebanyakannya ditutup lebih tinggi hari inidisokong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh sewaktuketeganganmemuncak di Timur Tengah.
Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsDr Sathia Varqamemberitahu Livevartha,harga minyak mentah Brent melonjak lebih 8.0 peratus padaawal haridagangan berikutanpara peniagamengambil kira potensi risiko bekalan akibatdaripadakonflik yang berlakudi rantau tersebut.
Selain itu, peniagaminyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSM turut meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak kacang soya.
“Kami melihat paras sokongan pada RM3,800 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,000 setiap tan,” kata Ng.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaJun kekal tidak berubah pada RM3,847 setiap tan, Julai 2025 naik sebanyak RM82 kepada RM3,925 setiap tandan Ogos 2025 berkembangsebanyak RM88 kepada RM3,927 setiap tan.
Kontrak September 2025 pula bertambahsebanyak RM86 kepada RM3,922 setiap tan, Oktober 2025 meningkat sebanyak RM78 kepada RM3,914 setiap tandan November 2025 menokok RM68 kepada RM3,910 setiap tan.
Jumlah dagangan pula melonjak kepada 113,276 lot daripada55,636 lot padaKhamismanakala kepentinganterbuka bertambahkepada 244,432 kontrak daripada 242,900 kontrak sebelumnya.
Harga fizikal MSM bagi Jun Selatan naiksebanyak RM60 kepada RM3,960 setiap tan.