Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi Susulan Sentimen Serantau Berhati-hati
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi Susulan Sentimen Serantau Berhati-hati

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi Susulan Sentimen Serantau Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Jun(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup sedikittinggi pada Khamis, dengan indeks utama meningkat0.18 peratus, disokong oleh pembelian dalam saham berwajaran tinggi utiliti dan telekomunikasi.

Prestasi itu dicatatkan walaupun sentimen serantau adalah hambar disebabkan aktiviti pengambilan untung dan kebimbangan mengenai rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)dan China.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.78 mata kepada 1,526.62 daripada 1,523.84 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.87 mata lebih tinggi kepada 1,527.71 pagi tadi, dan kemudiannya bergerak antara1,523.22 dengan 1,528.72 sepanjang sesi dagangan.

Bagi keseluruhan pasaran,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 500 berbanding 379, manakala 530 kaunter tidak berubah, 986 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang laindigantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.73 bilion unit bernilai RM2.07 bilion daripada3.27 bilion unit bernilai RM2.59 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata FBM KLCI meningkatdidorong pembelian ke atassaham berwajaran tinggi terpilih seperti saham utiliti dan telekomunikasi.

Beliau berkata dalam pada itu kalangan indeksserantau utama kebanyakannya ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung selepas beberapa hari mencatatkan kenaikan.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...