Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Terus Meningkat Susulan Jangkaan Potongan Kadar Faedah Fed
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Terus Meningkat Susulan Jangkaan Potongan Kadar Faedah Fed

Niaga Hadapan Emas Terus Meningkat Susulan Jangkaan Potongan Kadar Faedah Fed

KUALA LUMPUR, 12 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan diBursa Malaysia Derivatives meningkat untuk dua hari berturut-turut, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah,yang mengukuhkan jangkaan pasaran bagi pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS akhir tahun ini.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata emas terus menarik minat belian sebagai aset selamat.

Menurut Jabatan Buruh AS, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 0.1 peratus pada Mei, susut daripada kenaikan 0.2 peratus pada April.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 naik kepadaUS$3,368.5 setiap auns troy daripadaUS$3,347.8 pada Rabu, manakala kontrak Julai 2025 menokok kepadaUS$3,377.0 daripada US$3,356.3semalam.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 mengukuh kepadaUS$3,396.5 setiap auns troy daripada US$3,375.8 sebelumnya.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 44 lot berbanding 38 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 69 kontrakdaripada 84 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 11 Jun, harga emas fizikal berada padaUS$3,329.70 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...