Home Pasaran Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur dan peniaga berhati-hati mengenai hasil rundingan perdagangan antara China dan AS.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan sedikit meningkat kepada 4.2275/2370 berbanding dolar AS daripada 4.2290/2345 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) turun 0.25 peratus kepada 98.939 mata apabila rundingan perdagangan AS dan China berjalan seperti yang dirancang berdasarkan petunjuk positif daripada pegawai AS mengenai rundingan itu.

Beliau berkata data dari China menunjukkan perdagangan negara itu dengan AS turun ketara dengan eksport dan import masing-masing susut 34.5 peratus dan 18.1 peratus pada Mei.

“Angka itu mewakili penguncupan bulan kedua berturut-turut, manakala data itu memberi isyarat bahawa kejutan tarif mempunyai kesan ketara kepada perdagangan antarabangsa.

“Sementara itu, Indeks Harga Pengguna China juga berterusan mencatatkan angka yang tidak memberangsangkan selama empat bulan berturut-turut dengan bacaan terkini ialah -0.1 peratus tahun ke tahun pada April, menunjukkan prospek ekonomi mencabar ekoran permintaan yang lemah,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata USD/MYR kekal dalam julat kecil antara 4.231 dan 4.2458 semalam berikutan sentimen kalangan peniaga dan pelabur yang berhati-hati, dengan trend yang sama dijangka berterusan hari ini.

Pada sesi awal dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...