Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutuptinggi sedikit pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata harga MSM sedang pulih daripada penurunansebelum ini, dipacuoleh angka eksport yang lebih baik daripada jangkaan yangmeningkatkan sentimen pasaran.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,800 satu tan dan paras rintangan pada RM3,950 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, menurut syarikat pemeriksaan bebas AmSpec Agri Malaysia, eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 25 Mei meningkat 7.3 peratus kepada 991,702 tan daripada923,893 tan yang dihantar bagi tempoh 1 hingga 25 April.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaJun 2025 naik RM11 kepada RM3,835 satu tan, Julai 2025 meningkat RM7 kepada RM3,843 satu tan dan Ogos 2025 menokokRM6 kepada RM3,833 satu tan.

September 2025 berkembang RM4 kepada RM3,825 satu tan, Oktober 2025 melonjakRM5 kepada RM3,829 satu tan dan November 2025 bertambahRM2 kepada RM3,833 satu tan.

Jumlah dagangan menurun kepada 34,817 lot daripada 54,070 lot sebelumnyamanakala kepentinganterbuka merosot kepada 243,913 kontrak daripada 244,075 kontrak.

Harga fizikal MSMuntuk Jun Selatan berkurangRM10 kepada RM3,870 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...