Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh kelemahan berterusan dolar AS dalam keadaan peningkatan kebimbangan mengenai trajektori fiskal Amerika Syarikat (AS) dan dasar perdagangan yang tidak konsisten.

Pada 8.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2050/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2155/2220 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meneruskan aliran penurunan, dengan menyusut kepada 98.934 mata berikutan pelabur semakin berhati-hati terhadap hala tuju dasar perdagangan AS di bawah Presiden Donald Trump.

"Penangguhan pelaksanaan tarif sebanyak 50 peratus ke atas barangan Kesatuan Eropah sehingga 9 Julai 2025 menunjukkan ketidakpastian pendirian perdagangan pentadbiran Trump sekali gus menjejaskan keyakinan terhadap dolar AS.

“Selain itu, pendekatan fiskal pengembangan yang dijangka meluaskan lagi defisit fiskal AS dan meningkatkan paras hutang negara turut menjejaskan lagi sentimen terhadap aset AS,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata sehubungan itu mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit terus menokok, disokong oleh aliran masuk modal yang lebih baik dan peningkatan minat risiko.

“Trend pasaran menunjukkan ringgit boleh mengekalkan momentum positif dalam tempoh terdekat, terutamanya jika AS mengekalkan sentimen dasar semasanya,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Ekoran Kebimbangan Fiskal, Ketidaktentuan Dasar Perdagangan AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...