Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah semasa dagangan awal hari ini, terkesan dengan kekurangan berita penggerakpasaran berikutan peniaga menunggu lebih banyak penjelasanmengenai tarif daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata penganalisis.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.59 mata kepada 1,532.71 daripada1,534.30 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran dibukalebih tinggi 0.94 mata kepada 1,535.24.
Di pasaran meluas,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 171 berbanding 146, dengan 257 kaunter tidak berubah, 1,821 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 158.99 juta unit bernilai RM85.26 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini berkata pasaran mungkin mengalami penyusutan selanjutnya di tengah-tengah aliran keluar dana asing yang berterusan.
“Selain itu, memandangkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, dan dalampendirian tidak pasti pentadbiran Trump mengenai tarif, kami menjangkapasaran akan mengamalkan pendirian defensif, dan momentum dalam amanah pelaburan hartanah mungkin berterusan,” katanya.
Menurutnya Wall Street ditutup pada Isnin bersempena Hari Peringatan tetapiniaga hadapan ekuiti AS meningkat apabila pelabur memberi maklum balas positif terhadap lanjutan tarikh akhir tarif terhadapKesatuan Eropah oleh Trump.