KUALA LUMPUR, 22 Mei (Livevartha) — Dagangan jualan singkatintra hari (IDSS) untuk saham MSM Malaysia Holdings Bhd digantungsepanjang hari susulanharga terakhir sekuriti yang diluluskan turunlebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
Setakat 3.46 petang, MSM Malaysia susut 20 senatau 14.39 peratuskepada RM1.19 dengan 8.69 juta saham diniagakan.
Pengeluar gula itu berubah-ubah antara RM1.17 dan RM1.39 sepanjang sesi dagangan setakat ini.
Dalam pengumuman khas hari ini, Bursa Malaysia memaklumkanjualan singkatdi bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada 8.30 pagi esok (23 Mei).
— Livevartha