Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran peningkatan pasaran minyak soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Beliau berkata penyusutan nilai ringgit turut menjadi faktor sokongan untuk sentimen jangka pendek.
“Sehubungan itu, kami melihat paras sokongan padaRM3,800 satu tan manakala rintangan pada paras RM4,000 satu tan,” katanya kepada Livevartha.
Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsDr Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM pulih didorong oleh keyakinan permintaan yang meningkat, khususnya dari pasaran utama seperti India, China dan Afrika.
Pemulihan itu turut disokong oleh jangkaan peningkatan 5.0-9.0peratus dalam eksport minyak sawit Malaysia untuk tempoh 1-20 Mei, 2025dengan angka sebenar akan diumumkan esok.
“Penurunan harga sawit, pemulihan diskaun sawitdan pengurangan eksport MSM Malaysia dalam penghantaran bulan Jun mungkin telah meningkatkan harga komoditi itu hari ini,” katanya.
Di akhir urus niaga, kontrak bulan semasaJun 2025 meningkat RM52 kepada RM3,891 satu tan, Julai 2025 meraih RM65 kepada RM3,893 satu tan manakala Ogos 2025 menokok RM67 kepada RM3,882 satu tan.
September 2025 pula naikRM66 kepada RM3,874 satu tan, Oktober 2025 melonjak RM63 kepada RM3,872 satu tandan November 2025 menambah RM59 kepada RM3,877 satu tan.