Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang melemah, susut 0.71 peratus kepada 100.376 berikutan penurunan penarafan kredit berdaulat kerajaan AS.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2870/2945 berbanding dolar AS daripada 4.2900/2980 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapenurunan DXY disebabkan oleh langkah-langkah populis oleh pentadbiran Presiden Donald Trump, yang berkemungkinan menjejaskan keupayaan kerajaan AS untuk mengawal jurang belanjawan yang semakin melebar dan hutang yang kian meningkat.
“Walaupun Moody’s Ratingsmengekalkan penilaiannya terhadap status istimewa dolar AS sebagai mata wang rizab global, kejutan tarif semasa mungkin menyebabkan peniaga dan pelabur menilai semula proposisi itu.
“Bagaimanapun, ini merupakan isu struktur yang mungkin memerlukan tempoh masa yang lebih panjang,” katanya kepada Livevartha.
Dalam pada itu, beliau berkata dolar AS kelihatan agak tidak menentu walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi yang meningkat, yang lazimnya akan menyebabkan peningkatan nilai dolar AS secara ketara.
Pada penutupdagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9596/9650 daripada 2.9470/9527 pada Jumaat, lemah berbanding euro kepada 4.8344/8429 daripada 4.8022/8112dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7420/7521 daripada 5.7018/7125 sebelum ini.