Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Mei(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi sedikitminggu depan, disokong oleh permintaan kukuh terhadap eksport baru-baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ng memberitahu Livevartha, harga dijangka berada dalam jajaranantara RM3,700 dan RM3,880 setan metrik.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband group of companiesJim Teh berkata pasaran minggu depan dijangkatidak menentu berikutanparas stokyang tinggi di Malaysia dan Indonesia.

“Harganiaga hadapan MSM dijangka berlegar antara RM3,700 dan RM3,900 setan metrik.

“Pada parasharga ini, kami menjangkakan minat tinggi daripada pembeli fizikal di China, India, Pakistan, negara Timur Tengah dan Kesatuan Eropah,” katanya.

Bagiasas Jumaat-ke-Jumaat, kontrak bulan semertabaharu Jun 2025 meningkat RM26 kepada RM3,839 setan metrik, Julai 2025 naikRM14 kepada RM3,828 setan metrikdan Ogos 2025 turun RM12 kepada RM3,815 setan metrik.

Kontrak September 2025 merosot RM29 kepada RM3,808 setan metrik, Oktober 2025 turun RM44 kepada RM3,809 setan metrikdan November 2025 berjumlahRM3,818 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 378,493 lot daripada 347,140 pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 239,366 kontrak daripada 240,098.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Tinggi Antara US,200 Hingga US,250 Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Didagangkan Tinggi Antara US$3,200 Hingga US$3,250 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR,17 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Seiring Niaga Hadapan Serantau, Ringgit Dan Harga Minyak Mentah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Seiring Niaga Hadapan Serantau, Ringgit Dan Harga Minyak Mentah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.26-4.29 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.26-4.29 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 17 Mei(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 17 Mei (Livevartha) –Dagangan di Bursa...