Home Pasaran Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Ringgit dijangka terus lemah dalam tempoh terdekat, didorong oleh sentimen pasaran yangoptimis terhadap kemungkinan tercapainyarundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, dan mungkin dengan negara-negara lain dalam tempoh penangguhan 90 hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatarundingan AS-China yang dijangka berlangsung pada penghujung minggu ini mungkin telah meningkatkan minat terhadap dolar AS.

"Data perdagangan China bagi April menunjukkan eksport ke AS susut sebanyak 21 peratus, manakala pertumbuhan eksport China ke ASEAN dan Kesatuan Eropah meningkat masing-masing sebanyak 22.5 peratus dan 8.3 peratus.

"Nampaknya trend ini akan berterusan sekiranya isu tarif tidak diselesaikan," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata tumpuan minggu hadapan adalah kepada data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS bagi April 2025 yang dijadual dikeluarkan pada 13 Mei 2025, serta data jualan runcit AS bagi April 2025 yang akan diterbitkan pada 15 Mei 2025.

Selain itu, pasaran juga akan memantau rapat data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)Malaysia bagi suku pertama 2025 yang akan diumumkan pada 16 Mei 2025.

"Saya menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia suku pertama 2025 adalah pada 4.5 peratus, dan saya percaya angka tersebut masih kukuh, disokong oleh aktiviti hadapan dalam perdagangan antarabangsa, walaupun bersifat sementara.

“Separuh kedua 2025 akan menjadi penentu utama kerana ia bergantung kepada hasil rundingan perdagangan global,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) –Pasaran niaga...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Bursa Malaysia Diunjur Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...