Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Mei(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagihari kedua berturut-turut hari ini susulankebimbangan yang semakin meningkat terhadap peningkatan pengeluaran dan tahap simpanan stok.
Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata tekanan yang berterusan terus menjejaskan sentimen pasaran.
“Kami melihat harga disokong padaRM3,650 setan metrik dan paras ketahanan padaRM3,900 setan metrik,” katanya kepadaLivevartha.
Sementara itu, ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM nampaknya tidak mengambil kira pemulihan di pasaran niaga hadapan minyak kacang soya diChicago Board of Trade (CBOT) semasa waktu dagangan di Asia.
“Pada masa ini, kita melihatpotensi risiko penurunan harga tetapi aktiviti pembelian pada harga rendah dijangka berlaku pada masa yang sama,” katanya.
Pada sesi penutup dagangan, kontrak Mei2025 danJun2025 susutRM70 setiap satu masing-masing kepada RM3,725 danRM3,732 setan metrik, Julai 2025 turunRM64 kepadaRM3,728 setan metrik, Ogos2025 berkuranganRM58 kepada RM3,734 setan metrik, September 2025 jatuh RM46 kepadaRM3,741 setan metrik dan Oktober 2025 menyusutRM37 kepadaRM3,751 setan metrik.
Jumlah dagangan meningkat kepada91,358 lot daripada70,080 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada234,996 kontrak daripada233,382 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan turun RM60 kepada RM3,820 setan metrik.