Home Nasional KDN digesa atasi masalah kekurangan pasport biru di Sarawak
Nasional

KDN digesa atasi masalah kekurangan pasport biru di Sarawak

KDN digesa atasi masalah kekurangan pasport biru di Sarawak

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ditemui pada Majlis Penutupan Latihan Kecemasan Bangunan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) 2025 di Lapangan Terbang Limbang pada Ahad

LIMBANG, 5 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengatasi masalah kekurangan pasport biru yang kini menjejaskan kelancaran pergerakan rakyat di Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, isu yang berlarutan sejak lebih tiga minggu lalu telah menyukarkan penduduk khususnya di Limbang dan Lawas yang mana memerlukan dokumen perjalanan itu untuk keluar masuk negeri.

“Setakat ini, saya difahamkan oleh Imigresen Limbang bahawa mereka telah kehabisan stok, bukan hanya di Limbang, tetapi di seluruh Sarawak.

\”Ini penting kerana pasport biru diperlukan untuk melintasi Brunei. Keadaan geografi di Limbang, Lawas, Miri dan selatan Sabah memang memerlukan laluan khas dengan pasport ini,” katanya selepas Majlis Penutupan Latihan Kecemasan Bangunan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) 2025 di Lapangan Terbang Limbang pada Ahad.

Menurut beliau, Jabatan Imigresen Limbang kini hanya mempunyai 34 naskah pasport biru yang diutamakan untuk kes kecemasan.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang meminta vendor berkaitan untuk mempercepatkan proses mencetak naskah pasport biru demi memenuhi keperluan rakyat Sarawak, khususnya di utara negeri itu.

Kerajaan sebelum ini telah menurunkan harga pasport biru daripada RM150 kepada RM50 manakala harga bagi pasport merah dikenakan bayaran sebanyak RM200.

“Memang ada pasport merah tapi agak mahal dan tidak semua rakyat kita mampu terutama bagi urusan menghantar anak ke sekolah, orang sakit, orang meninggal, suka duka dan sebagainya,” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....