Home Pasaran MPOB: 25 Tahun Memimpin Transformasi Industri Sawit, Harum Nama Malaysia Ke Persada Dunia
Pasaran

MPOB: 25 Tahun Memimpin Transformasi Industri Sawit, Harum Nama Malaysia Ke Persada Dunia

MPOB: 25 Tahun Memimpin Transformasi Industri Sawit, Harum Nama Malaysia Ke Persada Dunia

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga kiri) bergambar bersama para penerima Anugerah Ikon MPOB semasa hadir ke Malam Gala Jubli Perak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) malam ini.
Turut sama, Pengerusi MPOB Datuk Mohamad Helmy Othman Basha (kiri) dan Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir (kanan).
–fotoLivevartha (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 2 Mei (Livevartha) — Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited untuk terus menerajupembangunan sawit negara ke arahindustri yang lebih pintar, mampan dan berdaya saing, selaras dengan agenda nasional memperkasa ekonomi hijau serta pendigitalan.

Pengerusinya Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata pelbagai inisiatif strategik sedang dan akan dilaksanakan MPOB bagi memperkukuh ekosistem industri sawit termasuk pembangunan biodiesel sawit sebagai tenaga alternatif mesra alam dan penghasilan produk oleokimia berasaskan sawit yang menepati piawaian hijau serta permintaan pasaran global.

“Melangkah ke hadapan, MPOB akan terus memperkukuh iltizam untuk mendukung aspirasi negara dengan membangunkan ekosistem sawit yang lebih inklusif, mampan dan kompetitif,” katanya menerusiucapan pada majlis Malam Gala Jubli Perak MPOB, yang diadakan, di sini hari ini.

Turut hadir ialahMenteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ketua Setiausaha KPK Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Teknologi dan Inovasi Pacu Industri

Mohamad Helmyberkata sejak penubuhannya pada 1 Mei 2000, MPOB telah berperanan sebagai agensi utama yang menjadi teras kepada pembangunan industri sawit negara, berasaskan sains, teknologi dan inovasi.

Menurutnya, dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D)MPOB berjaya mengkomersialkan lebih 200 teknologi berimpak tinggi meliputi sektor huluan hingga hiliran termasuk bioteknologi, pengilangan, biojisim, biodisel, oleokimia dan formulasi produk makanan.

“Inovasi ini telah menjana nilai pasaran melebihi RM5.9 bilion dan melonjakkan kualiti, produktiviti serta nilai tambah industri sawit negara,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...