Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia mengatasi penyusutan awal hari ini apabila indeks petunjuk utamanya mencecah paras intra harian tertinggi, seiring prestasi positif pasaran serantau serta aktiviti belian saat-saat akhir saham telekomunikasi, pembinaan, hartanah dan berkaitan pusat data.
Pada 5 petang, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.27 mata atau 0.15 peratus kepada1,542.49 daripada 1,540.22 di akhir dagangan Selasa lepas.
Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Pekerja.
Indeks penanda aras itu dibuka susut 2.80 mata kepada 1,537.42 dan turut mencecah parasrendah 1,532.23 dalam sesi dagangan awal sebelum melantun ke paras intra harian pada penutup.
Sentimen pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu744 berbanding 311 manakala 449 kaunter tidak berubah,840 tidak diniagakan dan20 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan meningkat kepada2.73bilion unit bernilaiRM2.46 bilion daripada 2.56bilion unit bernilaiRM2.25 bilion pada Rabu lepas.
Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata indeks serantau utama mencatat peningkatan kecil selepas China memberi isyarat sedang menilai potensi rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).
“Perkembangan sedemikian membantu meningkatkan sentimen pasaran dan menarik aliran dana asing ke rantau ini.