Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 25 April(Livevartha) — Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, menjejaki prestasi niaga hadapan serantau bagi komoditi ituselain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran kekal suram di tengah-tengah kebimbangan mengenaiketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan perang dagangan dan geopolitik yang meruncing.
“Bagaimanapun, penyusutan seterusnya dapat dikekang oleh peningkatan harga minyak serta sentimen optimis berkaitan pemulihan ekonomi China yang disokong oleh langkah-langkah rangsangan,” katanya kepada Livevartha.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 4.0 sen kepada752.50sen sekilogram manakala lateks pukal turun5.0 sen kepada625.50sen sekilogram.
— Livevartha