Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 25 April(Livevartha) –Ringgit mengakhiri minggu dagangan ini dengan ditutup rendah apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh disebabkanmeningkatnya harapan bahawa perang perdagangan AS-China akanmereda.
Pada 6 petang, unit tempatan itu susut kepada 4.3705/3770 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 ketika ditutup Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataringgit berbanding dolar AS pada hari ini berada dalam julat terhad, bergerak antara RM4.3715 dan RM4.3823.
"Pertikaian tarif antara AS dan China terus menjadi tumpuan dengan sentimen pasaran kekal berhati-hati," katanya kepada Livevartha.
Beliau berkata terdapat laporan bahawa China mungkin mengecualikan tarif import ke atas barang-barang tertentu yang dikenakan terhadap AS kerana kos yang semakin meningkat memberi beban kepada perniagaan mereka.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0431/0481 daripada 3.0670/0710 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 4.9596/9670 daripada 4.9738/9801 tetapi hampir mendatar berbanding pound Britain kepada5.8128/8214 daripada 5.8127/8201semalam.
Berbanding mata wang serantau, ringgit diniagakan bercampur-campur.