Home Nasional Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh/ BERNAMA

IPOH, 25 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis langkah proaktif kerajaan dalam mencari pasaran baharu dari negara-negara luar mampu memberi manfaat besar kepada negara termasuk memperkukuh daya saing ekonomi negara di peringkat global.

Beliau berkata usaha berkenaan penting untuk menjamin keutuhan ekonomi negara selari dengan tanggungjawab utama kerajaan untuk kemaslahatan dan kepentingan rakyat.

\”Cari pasaran baru Amerika, negara-negara Eropah, India, China, Asia menerobos ke pasaran Brazil. Hubungan baik dengan Afrika Selatan kerana Brazil serta Selatan Amerika mempunyai kekuatan ekonomi di benua masing-masing.

\”Ini dapat melegakan sedikit umpamanya pertumbuhan perdagangan termasuk eksport kita ke Mesir yang agak kecil meningkat dalam satu tahun kira-kira 34 peratus.

\”Dahulu Proton sukar menembusi dan memecah tembok-tembok halangan negara, sekarang sudah berupaya mengeluarkan produk Proton di Mesir. Ini antara langkah-langkah yang kita ambil dan kita akan teruskan,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2025 Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....